BLURB
“Kalau kau tak nak tolong aku, aku akan makan ubat nyamuk ni.” - QILAH
“Sebelum makan jangan lupa bayar.” - ROSE
Perjanjian termeterai antara Rose dan Qilah. Lima ribu ringgit menjadi asbab untuk Rose menggantikan salah seorang peserta yang tiba-tiba tarik diri daripada rancangan TV popular, Taaruf.
Cuma, Taaruf adalah sebuah program mencari jodoh sedangkan dia belum berminat untuk mendirikan rumah tangga! Demi sahabatnya, Rose bersetuju menyertai program itu bagi menyelamatkan karier Qilah yang baru bermula dalam industri penerbitan hiburan. Tapi dengan syarat, dia cuma memunculkan diri dalam satu episod sahaja!
“Saya pilih peserta nombor lapan. Cik Rose Yusrina.” - NIK YUSUF
Rose tersepit! Disebabkan salah seorang peserta lelaki memilihnya sebagai calon isteri, Rose terpaksa meneruskan program Taaruf tanpa kerelaan hati! Nik Yusuf sebagai pasangan Taaruf? Pada awalnya Rose keberatan. Namun semakin dia mengenali Nik Yusuf, entah mengapa jantungnya selalu berdebar-debar!
Baru sahaja bunga-bunga cinta mahu berputik di antara Rose dan Nik Yusuf, sesuatu berlaku kepada Taaruf. Program realiti tersebut menjadi skandal terhangat seluruh pelusuk negara. Apakah yang bakal terjadi terhadap rancangan realiti TV paling popular, Taaruf? Mampukah Rose memadamkan Nik Yusuf dari sejarah hidupnya seperti sediakala setelah segalanya berakhir? Bagi Rose, Nik Yusuf adalah mimpi semata-mata.
“Tapi saya tak nak jadi mimpi awak. Saya nak jadi realiti awak.” - NIK YUSUF“I will devote my time to you, my queen.” - Nick Adrian
Buy Now